BAHASA MELAYU SJK (C) TAHUN 5
Monday, December 10, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Kelahiran Bahasa Malaysia
Kita semua mengetahui bahawa Malaysia hanya lahir pada 16 September 1963. Sebelum tarikh tersebut yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu dan yang mendapat kemerdkaan pada 31 Ogos 1957 adalah Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia. Penduduk negara ini sebelum 16 September 1963 telah pun menuturkan satu bentuk bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bukan juga bahasa Persekutuan Tanah Melayu.
Era selepas merdeka adalah satu era perpaduan. Kerajaan cuba mewujudkan perpaduan rakyat yang masih renggang atau longgor di sana sini. Dalam proses melakar perpaduan dan pembangunan pula pada akhrir 60-an, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi 13 Mei 1969. Maka keretakan dan kelukaan yang sedikit atau banyak itu perlu dibaluti dengan jalinan perpaduan yang lebih erat. Maka salah satu balutan yang difikirkan mungkin dapat menjadi ubat yang mujarab adalah bahasa. Bukan sahaja satu bahasa. Bukan sahaja satu bahasa penghantar untuk pendidikan dan perpaduan, malah nama dan gelarnya juga harus ditukar. Bermula dengan fahaman 'cetak' dan 'sempit' itu, maka diserulah namanya 'bahasa Malaysia'.
Era selepas merdeka adalah satu era perpaduan. Kerajaan cuba mewujudkan perpaduan rakyat yang masih renggang atau longgor di sana sini. Dalam proses melakar perpaduan dan pembangunan pula pada akhrir 60-an, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi 13 Mei 1969. Maka keretakan dan kelukaan yang sedikit atau banyak itu perlu dibaluti dengan jalinan perpaduan yang lebih erat. Maka salah satu balutan yang difikirkan mungkin dapat menjadi ubat yang mujarab adalah bahasa. Bukan sahaja satu bahasa. Bukan sahaja satu bahasa penghantar untuk pendidikan dan perpaduan, malah nama dan gelarnya juga harus ditukar. Bermula dengan fahaman 'cetak' dan 'sempit' itu, maka diserulah namanya 'bahasa Malaysia'.
Wednesday, November 14, 2012
Contoh-contoh Karangan
Aku Seorang Polis
Tugasku amat mencabar, terutama ketika kejadian jenayah berlaku. Kadang kala aku terpaksa mengorbankan waktu cutiku untuk bertugas. Aku bertugas dengan penuh dedikasi. Aku sentiasa dihormati orang awam.
Pekerjaanku tidak mengira masa dan hari. Aku sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas. Bagiku, aku ingin menegakkan undang-undang demi menghapuskan jenayah.
Aku telah berjaya dalam tugasku. Aku akan terus berusaha untuk berkhidmat kepada negara yang aku cintai. Sesungguhnya mulia. Aku akan terus berbakti kepada masyarakat walaupun telah bersara kelak.
Guru Kelas Saya
Guru kelas saya bernama Cikgu Wong. Beliau seorang guru yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami Matematik dan Bahasa Cina.
Gikgu Wong selalu menasihati kami supaya rajin belajar. Beliau akan menegur kami apabila kami melakukan kesalahan. Beliau seorang guru yang tidak berat sebelah. Selain mengajar, Cikgu Wong juga menceritakan cerita yang menarik kepada kami. Beliau juga melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan akademik.
Saya berasa bangga kerana dapat belajar daripada Cikgu Wong.
Catata Harian
26 Jun 2010 (Sabtu)
Sekolah saya mengadakan gotong-royong pada hari ini. Saya tiba idi sekolah pada pukul 7.30 pagi. Banyak murid sudah berkumpul di dewan sekolah.
Gotong-royong bermula pada pukul 8.00 pagi. Guru kelas membahagikan kerja kepada murid-murid. Saya dan empat orang murid memotong rumput. Kawan baik saya, Joe dan tiga orang murid yang lain pula mengelap tingkap.
Selain itu, ada murid yang diberi kerja memberikan longkang dan ada pula yang bertugas menanam pokok bunga.
Saya berasa sanguat gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga kepada sekolah saya. Keadaan sekitar yang bersih dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.
Latihan Karangan
Karangan: Melengkapkan Cerita
Lengkap cerita di bawah. Panjang karangan
kamu mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.
Ibu
menyuruh Rosli menghantar kuih untuk jiran mereka, Pak Osman. Rosli memanggil
Pak Osman beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Rosli mengetuk pintu rumah
Pak Osman dan mendapati pintu tidak berkunci. Rosli menolak pintu rumah Pak
Osman sambil memanggil Pak Osman. Tiba-tiba dia.......
Rangka Karangan
·
Pendahuluan:
terkejut
melihat Pak Osman terbaring - lantai
·
Isi-isi penting:
1.
memanggil - mengejutkan Pak Osman - tidak sedar
- pulang ke rumah - segera
2.
memberitahu - ibu bapa - membawa - Pak Osman ke
hospital
3.
doctor - Pak Osman mesti dijaga baik - tidak
sesuai tinggal sendirian
4.
ibu bapa berbincang - menghubungi anak Pak Osman
- bekerja di bandar
·
Penutup:
anak
Pak Osman - balik ke kampung - menjaga Pak Osman - gembira - dapat membantu Pak
Osman
Tuesday, November 6, 2012
PENGENALAN
Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan
pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus ditawarkan dalam Akta Kebangsaan 1967
dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961
dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa menurut perspektif Islam memang
merupakan potensi ternurani yang dibekalkan kepada manusia oleh Tuhan dan perlu
dikembangkan secara berterusan serta berkaitan dengan perkembangan intelek,
rohani, emosi, dan jasmani individu. Dalam tradisi linguistik Barat, kita
mengenal adanya teori kenuranian bahasa (innateness theory) yang menegaskan
kewujudan bahasa dalam akal manusia sebagai fenomena alamiah.
Subscribe to:
Posts (Atom)