Wednesday, November 14, 2012

Contoh-contoh Karangan


Aku Seorang Polis

 Aku polis. Aku dilahirkan dalam keluarga polis. Bapaku juga anggota polis. Sejak kecil lagi, aku bercita-cita menjadi anggota polis. Kini, aku bertugas di Balai Polis Rawang.

Tugasku amat mencabar, terutama ketika kejadian jenayah berlaku. Kadang kala aku terpaksa mengorbankan waktu cutiku untuk bertugas. Aku bertugas dengan penuh dedikasi. Aku sentiasa dihormati orang awam.

Pekerjaanku tidak mengira masa dan hari. Aku sentiasa bersedia untuk dipanggil bertugas. Bagiku, aku ingin menegakkan undang-undang demi menghapuskan jenayah.

Aku telah berjaya dalam tugasku. Aku akan terus berusaha untuk berkhidmat kepada negara yang aku cintai. Sesungguhnya mulia. Aku akan terus berbakti kepada masyarakat walaupun telah bersara kelak.





Guru Kelas Saya
Guru kelas saya bernama Cikgu Wong. Beliau seorang guru yang bertanggungjawab. Beliau mengajar kami Matematik dan Bahasa Cina.

Gikgu Wong selalu menasihati kami supaya rajin belajar. Beliau akan menegur kami apabila kami melakukan kesalahan. Beliau seorang guru yang tidak berat sebelah. Selain mengajar, Cikgu Wong juga menceritakan cerita yang menarik kepada kami. Beliau juga melatih murid-murid untuk menyertai pertandingan akademik.

Saya berasa bangga kerana dapat belajar daripada Cikgu Wong.

 
Catata Harian
 
26 Jun 2010 (Sabtu)

Sekolah saya mengadakan gotong-royong pada hari ini. Saya tiba idi sekolah pada pukul 7.30 pagi. Banyak murid sudah berkumpul di dewan sekolah.

Gotong-royong bermula pada pukul 8.00 pagi. Guru kelas membahagikan kerja kepada murid-murid. Saya dan empat orang murid memotong rumput. Kawan baik saya, Joe dan tiga orang murid yang lain pula mengelap tingkap.

Selain itu, ada murid yang diberi kerja memberikan longkang dan ada pula yang bertugas menanam pokok bunga.

Saya berasa sanguat gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga kepada sekolah saya. Keadaan sekitar yang bersih dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.




Hari Kanak-kanak
 
Pada 15hb Oktober 2010, sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak. Semua murid berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari tersebut.

Setiap kelas mengadakan jamuan makan. Banyak makanan dan minuman disediakan. Makanan itu dibawa dari rumah oleh setiap murid.

Selepas makan dan minum, kami bermain pelbagai jenis permainan. Antaranya ialah meniup belon dan teka-teki. Ada juga murid yang berlakon di atas pentas.

Hari Kanak-kanak merupakan hari yang seronok dan saya berharap dapat menyambut hari yang bermakna ini pada tahun akan datang.
 

10 comments:

Nyuk Moi Chin said...

Karangan yang ringkas tetapi senang diingati oleh anak-anak murid kita!!! Syabas!!! Kalau boleh tambah lagi contoh-contoh karangan yang berlainan tajuk ya!

Choy Poh Yien D20112055120 said...

Terima kasih kerana memberi komen bagi penambahbaikan blog saya.

Anne Richard Wong said...

info yang banyak

Lee Soo Wa said...

Contoh karangan yang bagus. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

liew lih jiuan said...
This comment has been removed by the author.
Eik Hwa said...

Thanks for sharing !

Lee Soo Wa said...

Contoh karangan yang mudah difahami. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Dinie said...

Contoh Karangan Yg Mudah Difahami. Terima Kasih Atas. Segalanya

Anonymous said...

Sangat bagus

Anonymous said...

Blog ini tidak berguna. Memunuskan blog ini sekarang!