Wednesday, November 21, 2012

Kelahiran Bahasa Malaysia

Kita semua mengetahui bahawa Malaysia hanya lahir pada 16 September 1963. Sebelum tarikh tersebut yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu dan yang mendapat kemerdkaan pada 31 Ogos 1957 adalah Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia. Penduduk negara ini sebelum 16 September 1963 telah pun menuturkan satu bentuk bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bukan juga bahasa Persekutuan Tanah Melayu.
Era selepas merdeka adalah satu era perpaduan. Kerajaan cuba mewujudkan perpaduan rakyat yang masih renggang atau longgor di sana sini. Dalam proses melakar perpaduan dan pembangunan pula pada akhrir 60-an, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi 13 Mei 1969. Maka keretakan dan kelukaan yang sedikit atau banyak itu perlu dibaluti dengan jalinan perpaduan yang lebih erat. Maka salah satu balutan yang difikirkan mungkin dapat menjadi ubat yang mujarab adalah bahasa. Bukan sahaja satu bahasa. Bukan sahaja satu bahasa penghantar untuk pendidikan dan perpaduan, malah nama dan gelarnya juga harus ditukar. Bermula dengan fahaman 'cetak' dan 'sempit' itu, maka diserulah namanya 'bahasa Malaysia'.

3 comments:

soo meegion said...

Thanks for sharing.

MANDY TEH said...

thanks for sharing
keep it up

Siew Foo D20112052869 said...

Syabas, perkongsian info yang bermanfaat!^^