Tuesday, November 6, 2012

PENGENALAN


Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus ditawarkan dalam Akta Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa menurut perspektif Islam memang merupakan potensi ternurani yang dibekalkan kepada manusia oleh Tuhan dan perlu dikembangkan secara berterusan serta berkaitan dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani individu. Dalam tradisi linguistik Barat, kita mengenal adanya teori kenuranian bahasa (innateness theory) yang menegaskan kewujudan bahasa dalam akal manusia sebagai fenomena alamiah.
 

8 comments:

chin miawlian said...

Well done!

Choy Poh Yien D20112055120 said...

Thank you for your support and comment.

Liau Su Fui D20112054548 said...

Good Job, Teacher Choy!

Liaw Ching Fui said...

Your blog is interesting, good job!

Choy Poh Yien D20112055120 said...

Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya.

mttuan5138 said...

Maklumat yang berguna,syabas.

elaine ong said...

Terima kasih kerana sudi berkonsi bersama. Marilah kita belajar bersama-sama. Blog yang amat menarik.

elaine ong said...

Bagus!!!