Bina Ayat

Langkah-langkah membuat bina ayat:

Langkah 1: Baca arahan soalan dan gariskan perkataan penting.

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat di dalam gambar.

Langkah 2: Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam gambar.
  1. menyiram
  2. menanam
  3. mencantas
  4. menuntun
  5. membaca
Langkah 3:  Mula membina ayat.
  1. Ibu Siew Ling sedang menanam bunga di halaman rumahnya.
  2. Ayah Siew Ling mencantas rumput yang panjang dengan sebilah parang.
  3. Siew Ling bertopi semasa menyiram pokok bunga dengan penyiram di tamannya.
  4. Adik lelaki Siew Ling menuntun basikalnya sambil menuju ke arah taman rekreasi.
  5. Datuk Siew Ling membaca suratkhabar sambil duduk di atas kerusi.

1 comment:

Anonymous said...

nice!