Nota-nota

KATA NAMA AM
  • digunakan untuk menamakan orang, haiwan, tumbuhan, tempat, dan benda secara umum.
  • biasanya ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
KATA NAMA KHAS
  • digunakan untuk menamakan orang, haiwan, tumbuhan, tempat, dan benda secara khusus.
  • huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Contoh kelaziman kesalahan:
  1. Tren itu akan berhenti di perhentian akhir di kelana jaya.       ( Salah )
  2. Tren itu akan berhenti di perhentian akhir di Kelana Jaya.      ( Betul )
Keterangan: Pangkal huruf kata nama khas perlu dieja dengan huruf besar.


No comments: